THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 8, 2010

pengorbanan seorang ayah

Selalunya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya msti akan rasa sgt rindu dgn emaknya
Bagaimana dgn ayah?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, emaklah yang lebih kerap meluangkan masa bersamamu.,
tapi tahukah kamu, bla ayah pulang dari kerja dan dgn keadaan yg msih penat, ayah akan tnyakan kpd mak apa yg adakah kita sihat dan apa kita buat seharian.

semasa kecil, ayah mengajar kita berbasikal beroda tiga.
Dan bila ayah merasakan yg kita sudah cekap, ayah membuang roda yg ketiga…
Kemudian emak cakap : “Jangan buang lagi ayah.. nanti dia jatuh…” ,
Emak takut puteri kesayangannya jatuh dan terluka….
Tapi sedarkah kita?
Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkan kita, menatap, dan menjaga semasa kita mengayuh kerana ayah yakin puteri atau putera kesayangannya BOLEH..


Bila kita menangis merengek meminta boneka atau mainan yang baru, emak menatapmu hiba.
Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”
Tahukah kamu, Papa melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?
Saat kamu sakit, ayah sangat risau sampai kadang-kadang marah dengan berkata :
“Ayah dah cakap! kamu jangan minum air sejuk!”.
Berbeza dengan emak yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.
Ketahuilah, saat itu Papa benar-benar sangat risau akan keadaanmu.
Ketika kamu sudah meningkat remaja……
Kamu mulai meminta pada ayah untuk keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.
Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu?
Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat berharga..
Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu…
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah emak….
Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejora dalam batinnya,
Bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi dia HARUS menjagamu?
Bila kamu mulai lebih dipercaya, ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu.
Ayah akan duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat risau…
Ketika melihat puteri kesayangannya pulang larut malam hati ayah akan berkeras dan ayah memarahimu.. .
Sadarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan muncul tak lama lagi?
“Bahwa puterinya akan pergi meninggalkan ayah”
Setelah lulus SPM, ayah akan memaksamu untuk menjadi seorang Dokter atau Guru.
Ketahuilah, bahawa ayah hanya memikirkan tentang masa depanmu…
Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah

Ketika kamu menjadi gadis….
Dan kamu harus pergi menyambung pelajaran jauh darinya…
Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Papa hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal ayah ingin sekali menangis seperti emak dan memelukmu erat.
Tapi ayah hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu dan berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”.
Ayah melakukan semua tu agar kamu KUAT…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu perlukan wang untuk membiayai yuran semester, orang pertama yang mengerutkan dahi adalah ayah.
Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh hidup seperti rakan-rakannya yang lain.
Ketika kamu meminta sesuatu yg ayah tidak mampu untuk membelinya….
Kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah : “Tidak…. Tidak boleh!”
Padahal dalam hati ayah, ayah ingin mengatakan “Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahawa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya dengan segenggam ijazah….
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan menetup tangan untukmu...
Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puterinya yang tidak manja berjaya dan telah menjadi seseorang”
Sampai saat di mana seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.
Ayah sangat berhati-hati membuat keputusan…..
Kerana ayah tahu…..
Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan tempatnya nanti.

Dan akhirnya….
Saat ayah melihatmu duduk di atas singgahsana pelamin bersama seseorang lelaki yang di anggapnya layak untuk menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia….
Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang sebentar, dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa….
Dalam lirih doanya kepada Tuhan, ayah berkata: “Ya Allah tugasku telah selesai….
Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita yang cantik….
Bahagiakanlah dia bersama suaminya…”
Setelah itu ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…
Dengan rambut yang semakin memutih….
Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya….
Papa telah menyelesaikan tugasnya….
Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita…
Adalah insan yang mesti selalu dilihat kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. .
Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa “KAMU BOLEH” dalam segala hal…
HAYATILAH PENGORBANAN AYAH…..

0 comments: