THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 3, 2011

CIRI PASANGAN TERBAIK....

1. Mencurahkan sepenuhnya kasih sayang. Kasih sayangnya tidak pernah ada hadnya. Setiap hari si dia tidak pernah lupa untuk tunjukkan kasih sayangnya padamu dan tidak malu untuk menunjukkan pada semua orang betapa dia mencintai kamu.

2. Memahami. Si dia sentiasa memahami keadaanmu dan tidak pernah mendesakmu melakukan apa yang diharapkannya. Kamu dan si dia datang dari pola asuhan yang berbeza, oleh itu pasti akn ada percanggahan pendapat ataupun perbezaan cara hidup.

3. Menerima kamu seadanya. Biar bagaimanapun rupa ataupun bentuk fizikal kamu si dia sentiasa menerima kamu seadanya. Tidak pernah dia merungut atau memaksa kamu untuk tampil seperti orang lain.

4. Melindungimu. Biarpun nyawanya dalam bahaya, namun si dia sanggup mengharunginya demi untuk melindungimu.

5. Menambat hati orang tuamu. Si dia tahu memilikimu bererti si dia akan mengambilmu dari orang tuamu. Si dia sanggup tepis segala ego ataupun lakukan apa sahaja untuk mengambil hati orang tuamu agar mereka menerimanya.

6. Melalui kesusahan bersama. Tidak pernah sekalipun si dia meninggalkan kamu saat kamu dalam kesusahan. Malah si dia sentiasa membantu.

7. Mendoakan kebahagiaanmu. Biarpun kamu punya pilihan lain, si dia tidak pernah menyalahkan kamu, namu sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraanmu. Dia sanggup berkorban apa sahaja untukmu demi melihat kamu bahagia……

2 comments:

faizahaishah said...

best...tp mcm dlm mimpi jer nk jmpe lelaki cm ni...:P

siti awatif said...

tau xpe.. hehehe..