THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 23, 2010

10 Petanda Dia adalah Jodoh kita

BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik? Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanta sah dia sedang berlakon.

SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun rasa bosan, jemu atau tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Apabila berjauhan dgnnya terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dgnnya.

TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam kita, dia tidak ambil peduli. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya namun dia tidak pernah ambil hati langsung. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap org mempunyai rahsia tersendiri. adakalanya rahsia itu perlu dikongsi supaya dpt mengurangkan bebanan yang ditanggung. Bagi kita yang merasakan dia adalah soulmate kita, sifat percaya akan wujud. Kita rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasih kita berbanding kpd kwn2 kita.

MEMAHAMI DIRI KITA.
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa berduka dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan dia menjadi pembantu. Apabila dia sentiasa bersama kita di kala saat suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

KATA HATI
Dengarlah kata hati. kadangkala mansia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

0 comments: