THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 21, 2010

pernahkah kamu melalui situasi ini....?

Lumrah dalam sebuah kehidupan, sudah pasti kita akan merasai saat mencintai dan dicintai. Namun mencintai insan yg tidak mempunyai rasa yg sama seperti kita adalah terlalu sakit untuk dilalui. Tetapi beruntung pula bagi yg dicintai. Namun, adakah kamu sudi membalas cintanya?? Antara mencinta dan dicintai yg mana satukah pernah kamu lalui????

1) Kamu mengetahui yg kamu merindui seseorg apabila jantung berdegup pantas ketika teringatkan dia. walaupun sekadar "hai" daripada dia sudah mencukupi sebagai penenang.
ulasan : kamu mungkin menaruh hati kepadanya, cuma tidak menyedarinya ataupun kamu tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2) Jgn jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. jgn terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan : seseorang yg membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3) Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan : Masa akan menentukan segalanya. jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Namun jika tidak kamu perlu redha.

4) Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ianya berada di depan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu akan terinatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan : Hargai org yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari org yang menyayangi kita.  yg penting hati yg ikhlas...............

5) Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi. "Saya air mata seorang gadis yg menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.. kamu pula? jawab titis air mata kedua itu, "saya air mata seorang lelaki yg menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja"
Ulasan : Tiada sesiapapun yg simpati kpd org yg sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalu tidak menghargai seseorang yg hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

6) Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk org yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati kita tahu org yg kita sayang itu terkecuali daripada standard itu. (don't be so choosy)
Ulasan : Kita amat kritikal terutamanya kepada org yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yg terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dicapai dgn berusaha bersama. Bukanlah terletak pada satu individu sahaja.

0 comments: