THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 23, 2010

ANGAH....

Aku termenung sendirian mengimbas kenangan bersama Angah. Sudah sekian lama Angah meninggalkan rumah. Rasanya sudah dua tahun. Punca pertengkaran menyebabkan Angah membawa diri. Perselisihan bermula pada petang Syawal. Masih terbayang di mataku kejadian itu. “Ibu.. Ayu dengan Iza nak pergi ke rumah Wati petang ini. Kami semua dah berjanji nak bertemu di rumahnya.” “Pukul berapa kamu balik?” Ibu merenung tajam kea rah Angah. “Entahlah ibu, tapi Ayu akan cuba balik awal.” Sebelum beredar kami mencium tangan ibu. Kami menaiki bas untuk ke rumah Kak Wati.

Tiba di sana kami disambut mesra oleh keluarga Kak Wati. Kawan-kawan Angah yang lain semuanya sudah tiba. Ibu bapa Kak Wati melayan kami dengan begitu ramah sekali. Setelah menziarahi rumah teman-teman yang lain tibalah giliran rumah kami pula. Sebaik sahaja kami melangkah masuk, tiba-tiba ibu mengherdik Angah. “Baru balik!! Ke mana kau pergi? Dari pagi keluar, sekarang baru balik!” begitu lantang suara ibu. “Kenapa ibu tiba-tiba marah Ayu?” soal Angah dengan rasa terkejut. “Siapa nak masak nasi? Lauk pauk siapa nak panaskan?” Angah tidak melayani. Angah cuba menutupi rasa malunya. “Wati, Zura, Ina mari masuk dulu. Duduk dulu ya. Aku ambilkan air.” “Buat apa kawan kau datang? Menghabiskan kuih aku saja!” marah ibu. Kawan-kawan Angah berasa serba salah. “Ayu, kami dah lambat ni. Waktu Maghrib pun dah nak dekat. Kami pulang dulu.”

Aku kesal dengan sikap ibu. Ibu sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk meraikan kawan Along. Maklumlah, kawan-kawan Along semuanya datang dengan kereta besar dan mahal. “Kenapa ibu marahkan Ayu tadi? Ayu malu ibu cakap begitu. Ayu malu”. Hah tu mulalah nak melawan cakap ibu!!” tiba-tiba Along bersuara. “Along diam! Ayu tak cakap dengan Along”. “Wah, bukan main lagi kau ya!” Along terus meluru ke arah Angah dan menamparnya. Angah begitu marah, lalu ditumbuknya muka Along. Melihat Along dibuat begitu ibu segera memegang tangan Angah dan membiarkan Along menampar Angah berkali-kali. Aku takut kalau keadaan menjadi bertambah buruk.

Tanpa berlengah lagi aku terus mengetuk kepala Along dengan beg tangan aku. Along menjerit kesakitan. Aku memapah Angah ke biliknya. Beberapa minit kemudian ibu masuk dan terus memarahi Angah. “Tak guna punya anak. Memang kau membawa celaka di rumah ni. Sedarlah kau tu tidak berpelajaran. Nak berlagak pula. Anak tidak boleh diharap. Berambus kau dari rumah ni!! Aku tak mahu tengok muka kau! Cepat berambus!”

Setelah ibu keluar, Angah terus mengemas pakaiannya. Hatiku begitu sedih melihat keadaan Angah. Dialah yang paling banyak berkorban untuk kani sekeluarga. Angah mula bekerja sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Angah bercita-cita untuk ke Australia bagi melanjutkan pelajarannya. Namun segala tinggal harapan. Ayah telah meninggal dunia sebelum SPM diumumkan. Walaupun ayah meninggalkan duit yang banyak, tetapi wang itu lebih banyak dibelanjakan untuk Along. “Iza, tolong ambil buku dalam laci Angah”. Aku tersentak dari lamunanku. Aku lihat dalam laci Angah terdapat sebuah diari kecil. “Angah rasa Angah tidak sesuai lagi tinggal di sini. Lagipun Angah tidak mahu menyusahkan ibu”. Hatiku sebak melihat Angah keluar dari rumah. “Angah jangan pergi. Jangan tinggalkan Iza”. Aku menangis sambil menahan Angah dari keluar daripada rumah. “Iza masuk! Hari dah malam. Kalau kau nak ikut pergi!” Ibu mencekak pinggang.

Selepas pemergian Angah, Along berlagak seperti raja memerintah aku seperti orang gaji. Kejadian pada suatu pagi benar-benar membuka mata ibu. Anak harapan ibu iaitu Along telah mengecewakannya. “Ibu ni menyusahkan Mira saja. Mira tak cukup duit la. Lagipun baru beri ibu duit”. “Mana la cukup lima puluh ringgit yang kau bagi tu. Kan baru saja dapat duit. Takkan tak berduit. Bil api dan bil air perlu dibayar, belanja sekolah Iza lagi.” Sayu hati ibu. “Ibu ingat Mira ni kaya sangat? Nah seratus ringgit!” Along mancampakkan wang ke lantai. Ku lihat air mata ibu menitis ketika mengutip wang itu. Aku tak sanggup melihat ibu menangis. Lalu aku terus ke bilik Angah. Aku membuka laci meja milik Angah untuk melepaskan rindu terhadap Angah. Tiba-tiba aku terlihat sebuah diari. Pada diari itu tertera nama Nur Hidayu binti Kamal. “Ini diari Angah. Mungkin Angah tertinggal, bisik hatiku”.

Aku mula menyelak diari comel itu”.

Tanggal 30 Disember 2008.

Aku berkenalan dengan James dari Australia. Kami bertemu di sekolah ketika Program Pertukaran Antara Pelajar Sekolah Asia. Kami bertukar alamat sebelum James kembali ke Australia.

Tanggal 27 Febuari 2009.

Ayah yang amat aku kasihi pergi buat selama-lamanya. Pergi bersama cita-citaku. Pemergian ayah membantutkan cita-citaku untuk ke Australia.

Tanggal 15 April 2009.

Keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Namun kesempitan hidup menggagalkan aku untuk ke Australia. Aku malu dengan James. Walaupun James mahu membantuku, aku menolak dengan alasan mahu berdikari.

Tanggal 25 Ogos 2009.

Aku amat gembira. Doaku akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Akhirnya James mengotakan janjinya. James telah menganut agama Islam dan menukar namanya kepada Adam Haris.

Aku terus menutup diari. Hatiku lega. Tidak lama lagi Syawal akan menjelma. Persiapan sudah dibuat. Aku tahu seperti hari raya yang lalu Angah pasti mengirimkan wang yang lebih. “Ibu harap hari raya tahun ini, kita semua dapat berkumpul. Along tak tentu lagi nak datang”. Ibu mula bersuara.”Hai, sejak berkahwin dengan orang kaya, jarang sekali Along datang menziarahi kita,” sengaja aku berkata begitu. “Iza tidak kisah kalau Along tak datang, Cuma Iza harapkan tahun ini Angah pulang meraikan hari raya bersama kita. Sudah lima tahun kita tidak meraikan hari raya bersama Angah. “Ibu pun harap begitu. Ibu rindukan Angah.

Akhirnya hari raya pun tiba. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun membantu ibu. Along datang bersama keluarganya. Riuh-rendah rumah kami dengan gelak tawa anak saudaraku. Kami bersiap-siap untuk ke pusara ayah. Ketika kami tiba di kawasan perkuburan, kami lihat sebuah Mercedez Benz berwarna putih di luar kawasan itu. Kami terus berjalam menghampiri pusara ayah. Tiba-tiba langkah kami terhenti. Seorang wanita berselendang putih dan lelaki berbangsa Inggeris segak berpakaian Melayu sedang membaca doa di sisi pusara ayah. Aku dan ibu mengukir senyuman.........

0 comments: